Sunday, September 30, 2012

Leftwings

Mari menonton filem melayu



Leftwings (2012)

Maaf la...aku bukannya pengkritik filem...aku hanyalah rakyar biasa yang sukakan filem...rakyat biasa yang menurut Nasir Jani (penulis/pengarah bersama) filem ini ditujukan...tapi apa yang ditujukan nampaknya tak sampai kepada aku..

Memang aku excited pada awalnya...maklum la bukannya selalu ada filem muzikal melayu...pasal rock pulak tu...tambah2 lagi ada Wings...mungkin pengharapan aku tinggi sangat kot...apatah lagi baru lepas menonton Rock Of Ages...ternyata cerita ni mengecewakan aku...

aku tak nak kondem sangat...aku rasa produksi filem ni patut dipuji...sekurang2nya dorang berani membuat filem yang berlainan...tapi tolonglah cari jalan cerita yang lebih kuat dan pelakon yang lebih menjiwai watak...ni semua nampak kayu...sangat hambar hingga tahap membosankan sehinggakan kemunculan Wings pun bagi aku gagal nak menyelamatkan filem ni...

Hampeh!




Friday, September 28, 2012

The Wild Life

memori album 20 tahun



The Wild Life - Slaughter (1992)

Ketika album multi-platinum mereka "Stick It to Ya" diriliskan pada tahun 1990...aku tak berapa ambik peduli pun pasal mereka...biasalah...zaman aku tengah kemaruk thrash...walaupun aku tau yang Mark Slaughter dan Dana Trump tu adalah dari Vinnie Vincent Invasion.

Dan aku tak tau pun keujudan album ni sehinggalah tertengok video clips "Real Love"...dan ianya mengubah segalanya...Shannen Doherty punya pasal (masih ingat tak minah hot ni?...siri tv Beverly Hills 90210  memang top zaman tu kan...)... dia punya pasal buat aku tergerak hati membeli kaset ni...dan sesungguhnya memang aku tak menyesal...

Memang aku tak sangka....ingatkan The Wild Life sekadar macam album2 glam/hair metal yang bersepah2 zaman tu... rupanya The Wild Life memang bagus...straight hard rock/heavy metal dengan sound yang raw...tambah menarik lagunya terutama part chorus catchy2 belaka...solo2 gitar mendiang Tim Kelly pun tak kurang hebatnya...kekadang rasa lagi bagus dari Vinnie Vincent sendiri...



Kaset aku dah hilang...tapi versi cd aku ni adalah japanese edition...ada 2 bonus track dan yang bestnya ada booklet tambahan cerita pasal biodata dan discography mereka yang sepatah haram pun tak paham....maklum la...tulisan jepun..



Mungkin kalau muda2 dulu aku kurang berkenan...tapi sejajar ngan peningkatan usia agaknya...aku memang enjoy dengan album terbitan Mark Slaughter dan Dana Strum ni...memang talented dorang berdua ni...aku baca review pun banyak yang cakap persembahan live dorang pun bagus...sangat tight...sayangnya hanya kerana album ni terjual CUMA sejuta copies...dorang kena drop kerana syarikat rakaman lebih berminat ngan band2 grunge yang tengah meletup zaman tu...

Antara lagu yang aku suka sangat adalah "Reach for the Sky" dan "Streets of Broken Hearts"....Sangat rekomen jika anda berminat pada hard rock 90an...best!




Thursday, September 27, 2012

Elevator

Elevator (2011)


Apa yang sanggup anda lakukan jika anda bersama 8 orang yang lain terperangkap dalam lift..dan salah seorang daripadanya mempunyai bom yang menunggu masa untuk meletup...dengan tajuknya pun dah boleh anggap ceritanya pasal apa...straight to the point...takder twist yang melampau.

Ini adalah kali ke 2 dalam tempoh setahun ni aku tengok cerita pasal orang terperangkap dalam lift...tak boleh nak salahkan kalau aku asyik terbayangkan filem Devil (2010)...tapi tak boleh nak samakan Elevator dengan Devil...yang ni lebih di alam nyata...tak ada unsur2 horror super natural...walaupun ada sedikit adegan ganas berdarah di penghujungnya...tapi dari segi suspennya aku rasa Devil lagi bagus...

Cerita yang pada aku so so ajer la...agak slow terutama pada awalnya...lebih rekomenkan Devil jika nak tengok cerita pasal terperangkap dalam lift.








Tuesday, September 25, 2012

Still Loving You

Kembali kepada cerita2 album kompilasi...kali ni yang dah 20 tahun...


Scorpions - Still Loving You (1992)

Still Loving You adalah antara berlambak2 album kompilasi Scorpions yang ada kat pasaran...kalau nak cerita apa kelainannya pada aku cuma pada lagu "Living For Tomorrow" kerana pada ketika itu hanya kat album ni jer la yang boleh dapat lagu ni...tapi kemudiannya ada dah kat album Live Bites (1995)..

Sangat sesuai untuk orang yang baru nak belajar dengar Scorpions...terutamanya yang bukan kaki rock sangat....maklumlah boleh dikatakan hampir kesemuanya lagu slow dan lagu2 tu pulak boleh la dikatakan sebagai lagu2 trademark ataupun lagu2 yang cukup sinonim ngan Scorpions...



Dari zaman Uli Jon Roth (Born to Touch Your Feelings) ke zaman Michael Schenker (Holiday) hinggalah lagu2 zaman Matthias Jabs ...boleh lah dikatakan semua lagu2 slow popular dorang ada kat dalam album ni...

So pada sapa2 yang baru dengan Scorpions...atau sesapa yang berjiwa slow rock...mungkin anda patut cekidot album ni...


p/s...aku tak beli cd ni...aku pun tak sure mana datangnya...mungkin kepunyaan adik ipar aku...jadi harta wakaf la jawabnya...heheh...



Monday, September 24, 2012

UNITED

Sempena me"lauk"kan liverpool malam tadi....hahaha...



UNITED (2011)

Berdasarkan kisah benar the "Busby Babes" dan trajedi  Munich 1958...Jika anda penyokong Manchester United seperti saya...konpem anda akan beremosi selepas menontonnya....

Tapi terdapat jugak sedikit kontroversi kenapa ianya lebih menumpukan kepada cerita Jimmy Murphy (penolong pengurus) bukannya Sir Matt Busby sendiri....sehinggakan anak beliau Sandy Busby membantah cerita ini kerana padanya Sir Matt Busby digambarkan seolah2 sebagai seorang gangster bukannya pengurus bolasepak...

Walaubagaimanapun...jika anda peminat United...dah tentu2 lah wajib tengok...tapi kalau bukan...tak kisahla anda liverpool ker apa...malah yang tak minat bola pun memang aku rekomen untuk tengok...

"At United we strive for perfection, if we fail we might just have to settle for excellence - Sir Matt Busby"


"Anyone can buy a team and trophies, but only the greatest teams will be respected for creating a legacy"

UNITED ! UNITED ! UNITED !



Friday, September 21, 2012

Why ACDC Matters

Sebuah lagi buku yang baru abis di baca...



Why ACDC Matters - Anthony Bozza

Kalau anda peminat ACDC....takder apa yang barunya dalam buku ni...semuanya memang dah terpahat kat kepala....tapi ianya masih satu bahan bacaan yang berinfomasi....membacanya mengingatkan saya seperti membaca kerja rumah karangan sewaktu di sekolah ataupun assingnment di IPT...kalau saya seorang guru/lecturer...mungkin saya akan berikan tajuk begini..."Kenapa saya suka ACDC".... :P

Tapi yang sebetul2nya buku ini ditujukan kepada haters atau mereka2 yang masih was-was tapi masih nak tau apa yang hebat sangatnya dengan rockers tua yang balik2 main 3 chords yang sama ni....kalau anda macam saya...jenis yang tak berapa nak paham apa yang bestnya dorang ni...mungkin jawapannya akan anda jumpa dalam buku ni...



Hujah2 Anthony Bozza (bekas editor majalah Rolling Stones) memang menyakinkan...nampaknya saya perlu mendengar ACDC dengan lebih serius selepas ini....Back In Black akan menjadi misi utama ebay saya selepas ini...

Sekian, Terimakasih.




Thursday, September 20, 2012

My Sassy Girl

lagi layan K-POP K-Movie



My Sassy Girl (2001)

Cerita yang selalu dicanangkan sebagai terbaik pernah datang dari Korea..terutamanya untuk kategori romantik komedi...sedikit sebanyak memang aku bersetuju...

Lama dah nengok cerita ni...8,9 tahun yang lalu...cuma baru2 ni refresh sekali lagi...mula dikenalkan kepada cerita ni oleh seorang amoi kat opis aku....selepas dia tau yang aku terjangkit demam drama Winter Sonata gara2 dipaksa rela meneman isteri menontonnya tapi last2nya aku yang terlebih2...hahaha...

Jalannya ceritanya memang menarik...walaupun cerita korea ni kekadang ada sikit2 stail hindustan meleret2 panjang....dalam filem pun dah macam rasa nengok drama bersiri...tapi secara peribadinya bagi aku ini adalah antara filem romatik komedi terbaik yang pernah aku tonton yang bukannya dari Hollywood....manakala endingnya pulak bolehlah dikatakan paling terbaik dalam mana2 filem begenre begini..

Abaikan versi Hollywood tahun 2008...yang ni memang REKOMENDED!



Wednesday, September 19, 2012

Ace Of Spades


Hasil trade dengan En Adi Herman Molotov Cocktailz


Motorhead - Ace Of Spades (Compilation) (1999)

Ntah kenapa...dalam banyak band2 rock yang terkenal...Motorhead dan ACDC adalah 2 band yang kurang aku follow...malah cdnya pun aku tak pernah ada...mungkin kerana dari zaman kanak2 pun aku agak kurang terdedah kepada muzik mereka...

Bila En Adi nak trade cd The Lemonheads...dan dari listnya aku nampak Motorhead...aku rasa inilah peluang untuk aku memiliki cd Motorhead pertama aku...pasal kalau nak suruh aku beli...belum tentu akan terbeli punya..

Asalnya aku ingatkan ni cd album Ace Of Spades tahun 1980...tapi rupanya ianya adalah cd kompilasi yang menggunakan tajuk yang sama...bagus jugak tu...sekurang2nya ia mengenalkan aku kepada lagu2 popular Motorhead yang lainnya...

Mungkin belum terlambat untuk aku mendengar Motorhead...dan ini adalah permulaannya..

Tuesday, September 18, 2012

The Woman in the Fifth

Lagi antara movie yang baru aku tengok...


The Woman in the Fifth (2011)

Ceritanya menarik...pelakonnya pun bagus...tapi pernah tak anda rasa frust mengabiskan 85 minit dalam hidup anda menonton filem tapi pengabisnya anda tak paham satu apa pun?...Ini lah yang aku rasa bila menonton filem ni...so...boleh tak sapa2 yang dah tengok filem ni terangkan pada aku....

Kesimpulannya...jika nak mencabar minda...silalah tonton filem ni...


Friday, September 14, 2012

Boston s/t

Terjangkit entry Krenmaut kat >SINI<


Boston - Boston (1976)

Sebenarnya dah lama nak buat entri ni...terutama masa aku tengah semangat buat entri album2 70an dulu...tapi bila Dr Ben dah buat...tak leh jadi ni...heheh..

Kalau sebut Tom Scholz atau Brad Delp atau mungkin Boston...rasanya ramai yang tak tau...tapi kalau lagu "More Than A Feeling" atau mungkin "Amanda"...rasanya ramai yang sekurang2nya pun pernah dengar dan tau...

Begitulah nasib Boston...lebih dikenali sebagai band one hit wonder berbanding dari yang sepatutnya...pernah di war war kan akan menjadi lagenda seperti Led Zeppelin berdasarkan album pertama ni...tapi perbalahan antara Tom Scholz dan syarikat rakaman menyebabkan dorang terperap bertahun tak mengeluarkan album...

Boston adalah 50% nya Tom...kehebatannya dalam mencipta lagu, rif2 dan solo gitar, sound dan produksi album memang boleh masuk kategori genius...tapi 50% nya lagi adalah kepunyaan mendiang Brad...suara high pitch lunaknya tu memang jenis2 satu dalam sejuta...



Ini adalah debut album terlaris dalam sejarah (Gold dalam tempoh 2 bulan dan mencecah platinum selepas 3 bulan) sehinggalah di potong oleh Guns N' Roses - Appetite For Destruction kemudiannya....lagu2nya memang melodic dan sedap2...hard rock 70an dengan sedikit elemem progresif ala2 Uriah Heep....lagu "More Than A Feeling" tu dah memang2 la timeless classic...antara lagu yang pertama yang aku akan teringat  kalau aku kena buat list best of classic rock songs....

Walaupun Boston bukanlah pencipta genre yang digelar sebagai AOR atau pun Arena Rock...tapi mereka lah yang membuka jalan untuk band2 seperti Journey,Styx,Foreigner,REO Speedwagon dll...kalau anda peminat rock 70an...Boston self titled ni memang REKOMENDED!!!



Thursday, September 13, 2012

Welcome to Dongmakgol

Walaucamner menyampah pun ngan K-Pop...suatu yang tak boleh di nafikan adalah banyaknya filem2 yang bagus datang dari Korea...taste muzik orang korea ni memang hampeh...tapi dari segi filemnya memang bagus...Salah satunya adalah ni



Welcome to Dongmakgol (2005) 

Bayangkan apa yang akan berlaku bila beberapa orang askar dari dua pihak di Korea yang berperang terdampar si sebuah kampung pendalaman di kawasan pergunungan yang terputus berita dari dunia luar...penduduk kampung yang tak tau pun negaranya sedang berperang...malah mereka tak tau pun apa tu senapang...

Tema kemanusian yang sarat dengan perasaan dramatic...lucu...serius...tegang...sedih...dan lakonan dan cinematography yang cukup menarik...tak kisah lah siapa di pihak yang jahat...siapa di pihak yang benar...peperangan akan mengajar kita erti keamanan dan persaudaraan...

Salah satu filem anti perang yang terbaik pernah aku tonton...kalau ada cacat dan celanya pun mungkin dari segi teknik CGInya...lain2 memang thumbs up!

Senang cakap...Great movie. Great Actors. Well Done!

 REKOMENDED!



Wednesday, September 12, 2012

Rock of Ages

pasal movie...bukan Def Leppard...



Rock of Ages (2012)

Aku tak sangka rupanya filem ni filem muzikal....dan aku bukanlah peminat filem muzikal...biasanya aku akan tertido...malah filem yang orang kata hebat macm The Sound of Music pun boleh buat aku tertido....tak pernah berjaya nengok sampai abis...tapi Rock Of Ages ni sebaliknya...aku memang suka....mungkin pasal lagu2nya memang menjadi soundtrack hidup aku sepanjang membesar di zaman 80an...

Jangan harapkan aksi meletup2...jangan harapkan kesan cgi...malah ianya bukan filem untuk menang Academy Award...just relax...enjoy the music...filem adaptasi pentas broadway ni berlatarbelakangkan tahun 1987...so memang banyak lagu2 rock 80an yang sedap2...ceritanya berkisarkan kisah pasangan kekasih yang bercita2 nak menjadi rockstar...dah lama rasanya aku tak tengok cerita yang fun cenggini...

Nama2 besar yang menjadi pelakon pembantu macam Tom Cruise, Russell Brand, Catherine Zeta-Jones dan Alec Baldwin memang banyak membantu....Tak sangka boleh tahan jugak suara Tom Cruise ni...tak kisah la jika dia meniru gaya ala2 Axl Rose pun....tapi sememangnya menjadi...

Adegan lawak bila si hero kena paksa jadi mat boy band ala2 NKOTB...dan adegan nak termuntah part lagu Cant Fight This Feeling tu....eeeiiiiiii....

Perhatikan jugak cameo apperance dari Sebastian Bach dan Nuno Battencourt...malah Debbie Gibson pun ada...Senang cerita...kalau anda bukan peminat rock 80an...mungkin cerita ni tak akan sampai kepada anda...tapi kalau anda membesar di zaman 80an atau suka lagu2 rock 80an...pastinya cerita anda akan mebuat anda terhibur dan tersengeh2 walaupun selepas abis ceritanya...

Anda rock?...ni memang rekomended!


Monday, September 10, 2012

Legoland

Bendalah yang paling trendy sekarang untuk orang2 di JB khasnya adalah Taman Tema Legoland...kat facebook...blog...twitter...opis...kedai makan...rumah terbuka raya...tunggu bas...ngayat awek....semua pun cerita pasal dorang dah gi sana...

Oleh sebab tu aku pun nak ikut trend....tapi oleh kerana pintu pagarnya pun aku tak sampai lagi...
layan jer la gambo keychain...heheh...



beb...jangan main2...kecik cenggini pun RM10 sebijik...



Friday, September 7, 2012

New Metal Leader

Entri Ijau pasal Manowar hari tu buat aku tergerak hati nak menyelongkar rak cd dan buat cerita pasal ni...




Ross The Boss - New Metal Leader (2008)

Lama dah aku cari cd ni...terutamanya sejak aku baca review Deaf yang memberangsangkan 4 tahun yang lalu  >SINI< ...akhirnya tahun lepas dapat jugak aku cd ni bersama2 ngan Hailstorm (ni nanti lain ketika aku cerita)

Sememangnya majoriti peminat Manowar tak berminat ngan hala tuju Manowar sekarang...maka kemunculan kembali Ross The Boss (pengasas bersama Manowar) memang ditunggu tunggu...bak kata sticker kat cd Deaf (cd aku takder) "The Best Manowar Album Since Kings Of Metal"...sememangnya album ni tak jauh larinya dari album2 lama Manowar zaman Ross...terutamanya Fighting the World....tapi apa nak peliknya...Ross tu dah tentu2 la pengasasnya..anggota band yang lainnya pulak merupakan anggota tribute band Manowar iaitu Men Of War...so takder peliknya la kalau lagu2nya sebijik macam Manowar...

Kalau nak baca review...baca jer tulisan Deaf...tapi apa yang aku nak kata...kalau anda adalah salah seorang Army of Immortals....ataupun peminat genre yang orang sekarang sebut sebagai power metal...atau tradisional heavy metal...New Metal Leader memang tak menghampakan...tambah2 kalau anda peminat HammerFall....pasal suara penyanyinya tu memang ada iras2 suara Joacim Cans....muzik Manowar...suara HammerFall...satu kombinasi menarik untuk heavy metal...



Pada aku hampir semua lagunya layan...terutama yg sebijik Manowar macam "I Got the Right" dan yang lainnya macam "Blood of Knives", "God Of Dying", "Death and Glory","Matador" dan "We Will Kill"....tapi aku agak tertarik ngan lagu "May the Gods Be With You"...lagu yang agak berbeza....yang sangat pop...

So pada sapa2 peminat Manowar maupun HammerFall....ni album memang untuk anda.



Wednesday, September 5, 2012

Come On Feel The Lemonheads

Ni entry untuk En Adi Herman



The Lemonheads - Come On Feel The Lemonheads (1993)

Dah 19 tahun dah usianya....tapi aku tak beli pun cd ni...aku dapat free dari DJ radio Best 104, Bobby Borhan Din (BBD)...tak tau masih ada lagi tak DJ ni...Best 104 ni pun bukannya aku dengo sangat...dulu kawan seopis aku sekampung ngan dia...aku tengok rumah member aku tu banyak cd2 free yang dia dapat dari BBD...tapi bukan cd rock/metal la....biasa la DJ radio...banyak dapat cd promosi...so aku try la suh member aku tu mintakkan kot2 ada cd2 rock/metal...Best 104 bukannya main lagu rock pun...last2 dapat jugak aku beberapa keping...sayangnya takder yang metal...kebetulan time tu zaman alternatif...tu yang dapat cd Lemonheads ni...

Lemonheads ni sebelum dapat cd ni cuma aku tau satu lagu jer...Mrs Robinson...tu pun pasal rancangan MTV ker Channel V...lupa dah aku...kat tv Singapore selalu bukak video clip lagu tu....lepas ada cd ni baru aku tau satu lagi lagu popular dia...It's A Shame About Ray...



So aku bukanlah orang yang layak kalau nak review muzik cenggini...muzik alternatif bukanlah makanan aku...nanti aku bias pulak...pada aku muziknya agak santai....sesuai untuk merehatkan otak...satu2nya lagu dia yang melekat kat ingatan aku adalah "Into Your Arms"....mungkin pasal aku pernah dedicate lagu ni kat wife aku zaman tackle menackle dahulu....heheheh...

So pada En Adi...kalau ko ada cd yang aku berkenan...aku takder hal untuk trade cd ni...


p/s...ada sesapa berkenan nak trade cd Sepultura - Against ?

Tuesday, September 4, 2012

The Good Doctor

Lagi filem yang aku tonton sepanjang ramadhan yang lalu...

The Good Doctor (2011)


A young doctor goes to unconscionable extremes in order to remain in the service of a female patient with a kidney disorder.

Filem drama yang agak gelap...menganggu dan creepy....mengisahkan seorang doktor muda yang sanggup melakukan perkara yang diluar batasan semata2 untuk mendapatkan respek dari boss, rakan sekerja dan ketua jururawat...watak antihero...yang tak tau nak kata jahat tak jahat atau nak benci tak benci...

Orlando Bloom...seorang lagi pelakon lelaki yang aku suka...terutama wataknya dalam "Elizabethtown" (rekomended)...agak sesuai ngan watak Dr Martin Ploeck dalam cerita ni...muka baik dan innocencenya tu mengundang rasa kasihan kepada wataknya...

tak pandai nak bagi rating...tapi Patut Tonton!


Monday, September 3, 2012

50/50

Filem yang aku tengok sepanjang ramadhan lalu...

50/50 (2011)


Kisah seorang pemuda berusia 27 tahun yang aktif...mengamalkan gaya hidup sihat...tidak merokok...tetiba disahkan menghidap kanser....bagaimanakah dia harus menghadapi hari2 mendatang setelah mengetahui peluang untuk terus hidup cuma 50/50...

Bunyinya agak sedih...tapi cerita ni sedikit lawak sebenarnya...terutama dengan adanya raja lawak Seth Rogen berlakon sama....Ceritanya menang menarik...apatah lagi pelakon utamanya adalah salah seorang pelakon muda kegemaran aku...Joseph Gordon-Levitt...mula minat lakonan beliau dalam filem (500) Days of Summer (rekomended)...tambah suka watak beliau dalam filem Hesher...

Kesimpulannya...Patut Tonton!!