Sunday, June 13, 2010

Hail To England

Hail to England!…ni bukan pasal world cup la…aku bukannya penyokong England pun…dah la lawan US terkial2 pastu bagi gol bodoh...heheh...nasib ada Rooney…ada la sikit soft spot untuk England…tapi ni pasal Manowar…



Album terbitan tahun 1984 ni awal tahun2 90an baru aku berpeluang dengar…1st album Manowar yang aku dengar adalah Fighting The World…dari situ start mula cari material2 awal dorang… Mula2 dulu aku ingatkan Manowar ni band Eropah…sama kes macam Savatage la kan…muzik jenis camgini tak banyak band US buat…

Hail To England ni aku beli dari Muzika Records Singapura…tu jam Ross The Boss dah blah dari Manowar kan…member aku yang rekomen album ni…katanya nak dengar hasil terbaik manowar zaman Ross The Boss dengar album Hail To England…tu yang aku beli tu..tapi bagi telinga aku yang dah terbiasa dengar Kings Of Metal…maka Kings Of Metal adalah favourite album Manowar aku…



Kalau sapa2 yang baru start dengar Manowar dari zaman Warriors Of The World dan suka album tu…tentu agak rasa berbeza Hail To England ni…album ni memang raw, straight dan heavy…betul2 power…ni jam Manowar belum sibuk ngan orkestranya lagi…tak kisah la nak panggil power metal ker viking metal ker heavy metal ker…album ni memang betul2 ada semangat Death to false metal yang dorang selalu laung2kan…tapi sayangnya bagi aku adalah productionnya…Joey Dimaio bagi aku terlampau berlebih2..seolah2 highlight bagi album ni adalah bass beliau…riff2 gitar Ross The Boss ada banyak tempat yang agak tenggelam…nasib baik vocal Eric Adam tetap terbaik…sememangnya Eric Adam adalah salah seorang vocal terbaik bagi genre metal sebegini…satu lagi yang boleh komplen pasal album ni adalah durasinya…pendek sangat dengan 7 lagu yang keseluruhannya lebih kurang 34 minit ajer yang kekadang rasa tak berbaloi ngan mahalnya harga cd yang aku beli ni…

Walaubagaimanapun secara keseluruhannya ni album ni kira ok la…Manowar memang pandai buat lagu2 yang chorusnya catchy….boleh singalong…lirik standard Manowar la…kisah2 epic/sword/sorcery/true metal semua…tapi lagu last Bridge Of Death liriknya black metal sungguh…ni antara lagu yang Gorgoroth dan geng2 Black Metalnya mendapat ilham kot…



Lagu pilihan aku adalah Blood Of My Enemies, Kill With Power (ada bunyi thrash sikit) dan Hail To England…paling tak suka Black Arrow…selain dari kata2 Demaio “Each note I now play being a black arrow of death sent straight to the hearts all those who play false metal”…yang lainnya bunyi bising jer…tak berapa minat aku bass solo Demaio ni…bingit beb…agaknya aku banyak dengar false metal kot…tu yang sakit jer telinga aku dengar tu..hahaha…

btw...Argentina menang beb...huhu..

10 comments:

  1. ini cd aku blm ada...

    alaaa... joey mmg mcm tu, eksen

    ReplyDelete
  2. gua start layan Manowar zaman dah 90s dengan album Louder thn Hell dia tu.. (kat malaysia "Louder" je tajuknya, nanti satanic plak).

    Tapi Eric Adams tu memang power gile suara. Tegas dan full of authority.

    ReplyDelete
  3. ala... dah best tibai2 England, tetiba Rooney jugak bagus, teruk betul la fanatik MU lu ni bro...

    hehehe... eh, lu cerita pasal Manowar ye, huh, stiker Muzika Rekod blom cabut... kenangan2 tu.

    ReplyDelete
  4. lama betul tak dengar cd ni..
    blood of my enemies sedap..
    bridge of death, aku takut betul zaman sekolah dulu..
    lirik dia haha..
    cam lagu cina pun ada... paling best la bridge of death pada aku untuk cd ni..

    anyway, aku rasa manowar harus do something
    In fact, scott columbus nak join ross the boss live..

    aku tak ambik tahu pasal manowar sangat, tapi aku tunggu 2nd cd ross the boss keluar..

    tu hari, angels of babylon ( rhino nye band ngan bassist megadeth ) not bad, tapi aku tak beli ah cd dia..

    tapi ross the boss, worth it pada aku, stiker dia tulis ' best manowar album since kings of metal " haha

    ReplyDelete
  5. nasib baik ada rooney pasal dia skor sebijik eh? muahaha

    ReplyDelete
  6. Master of the wind adalah lagu yg memperkenalkan gua pada MAn-o-war ni,
    pas tu Blackwind fire and steel, brother of metal part 1, pas tu Album Louder.

    apa2 yang lepas tu dah tak follow dah,

    satu lagi tengok MAnowar ni teringat citer Conan the Barbarian hehehe

    ReplyDelete
  7. eh lupa nak mention , herz aus stahl!, defender huhuhu ni semua dasyat punya lagu ni

    ReplyDelete
  8. manowar rules!!!!!! wooii ko patut sokong englang pasal ko kan fanatik manure (BS yang ckp)... kekekekek ko ckp sokong jepun takder entri pasal japan pun?? kekekekekekek henci

    ReplyDelete
  9. Eddie...gua tak sebut Rooney bagus...cuma pasal ada Rooney so ada sikit kesian la kat england tu...heheh..

    Hores @ BS...sian torres...dah ler liverpool tergolek...main spain pun tergolek...reserve jek pulak tu...hahahaha...dan ada pulak satu mamat tu taruk sepanduk "Torres...pls come to united"...huhu..

    jairo..nak buat entry pasal maria ozawa ker apa ni?... :)

    semua...lepas album Louder...aku memang dah kurang minat kat manowar ni...dan album solo Ross The Boss memang the best Manowar album since Kings Of Metal...heheh..

    ReplyDelete
  10. huh MARIA OZAWA????

    p/s: caps lock adalah disengajakan

    ReplyDelete