Sunday, June 6, 2010

Double Trouble Live @ Johor bahru 05/06/2010

Macam aku cakap sebelum ni la..semenjak Johor dah jadi macam Liverpool…bertahun dah aku tak jejak Stadium Larkin…kalau konsert kat sini lagi la…last tak silap aku tahun 1989 Wings dan Rusty Blade…lama giler tu…

Macam biasa…bertolak lepas maghrib…kat tiket tulis 8.45pm…rupanya kalau Isyak pun sempat…jenuh nunggu….lebih kurang 9.15pm baru start…siangnya aku dah dengar dah cakap2 yang kata ada tiket rega RM30…rupanya kat suratkabo hari ni cakap tiket palsu…padan lah masa nak masuk check tiket siap suluh macam nak check duit palsu….dengarnya ada yg tak dapat masuk pasal ni…kesian la..

Parking memang sesak la…teringat aku zaman2 Johor tengah top dulu…camgini la sesaknya parking…aku parking dah dekat2 Hotel Sri Malaysia…jauh tu kena menapak…crowd berapa ramai pun aku tak sure…ada kot 10 ribu…masa tengok kat screen besar tu penuh jugak sampai kebelakang…atas nasihat Deaf….aku duk belah kiri stage…nak tengok Joe…

Search bagi aku malam tu pukul abis…mungkin pasal teruk kena komplen kat Bkt Kiara tu hari kan…kat laman sendiri dorang all out…Amy pun nampak lebih aktif banding dari Awan Biru…Din Mayat macam biasa…syok tengok live Search memang pasal dia…Kid pulak ada beberapa lagu terutama lagu2 awal dan masa dia nak jadi Akira dengan Killer tu solo2 dia tak berapa dengar…

Wings pulak memang best…tak kisah la Awie ada salah masuk masa Alam Barzah…2,3 kali aku tengok Joe ngan Eddie toleh kat Awie masa salah masuk tu…Suara dia masih power la…tapi pasal crowd keliling aku nyanyi sekuat hati…banyak part tarik yang aku nak dengar tapi tak dapat dengar…kena tunggu kalau2 dorang keluar dalam bentuk cd/dvd la kot baru dapat dengar…

Joe malam tu memang terbaik la…clear semua solo2 dia…tak sia2 aku duk belah kiri stage…Wings malam tu memang tak banyak problem…macam Deaf cakap la…Black part drum solo pun muka senyum je tak macam Yazid muka ketat…hehe…Awie macam biasa la…banyak buat lawak…bila part yang cakap2 tu pun nampak Amy tenggelam..Awie public speaking lagi bagus la…antara lawak dia introduce Amy as Jamal Abdilah dan dia Ben Nathan….part Amy dah jadi datuk tapi kalau Dato’…payah la nak salam pun kena cium tangan..tajuk lagu tribute to Dio Cindai la..penganjur konsert ni orang beriman pasal anjur konsert local band la…tapi konsert DT ni memang tak banyak cakap...mungkin nak jimat masa banyak lagu nak main...

Set list memang panjang..tak boleh ingat aku…maklum la abis aku tengok jam 12.30…3 jam lebih tu…set list macam biasa cilok dari blog Deaf..antara yang best part lagu r n r lu punya suka…Amy dan Awie bantai merapu…lawak pun yer jugak...

1. intro / ides of march - dt
2. gemuruh - dt
3. lipas kudung - wings
4. gema di inderaloka - wings
5. pelesit kota - search
6. gothik malam edan - search
7. balada pemuzik jalanan - wings + amy
8. opera hidup - search + awie
9. isabella - search
10. isi dan kulit - search
11. mentari merah di ufuk timur - search
12. pawana - search
13. cakap memang murah - search
14. drum solo - yazit / black / both
15. alam barzakh - wings
16. mabuk tujuh lautan - wings
17. sejati - wings
18. ranggi metropolis - wings
19. awang thrasher - wings
medley 20-25
20. rozana - dt
21. semalam yang hangat - dt
22. gadisku - dt
23. taman rasyidah utama - dt
24. meniti titian usang - dt
25. misteri mimpi syakilla - dt
26. nur nilam sari - dt
27. gitar solo - kid / joe / both
28. holydiver - amy/awie/joe/nasir/yazit
29. r n r lu punya suka - dt
30. pasti - dt



Apa2 pun dengan tiket RM70…sound system sedap…lebih best dari Awan Biru tu hari…3 jam ++ rocking moment…kira berbaloi la…

**Aku sempat jugak jumpa Zan walau tak lama (sorry bro…pakai t-shirt Search kat Sayap2 Wings…maklum la t-shirt hadiah dari orang rumah…bukan senang dia nak beli kan t-shirt jenis camgitu…so kena la pakai nak ambik hati….kang tak dapat lesen nak pergi kang…hahaha)..gua lupa nak mintak no hp lu la…
**At last dapat jugak face to face dan berborak ngan Deaf (biasa la beb…rock orang tua memang pergi konsert pakai sandal…heheh…dan akhirnya misteri kenapa lu selalu berkeliaran kat Puduraya terbongkar…huhuhu…)
**Aku lupa nak singgah booth ZigZag untuk cari Ajie…sorry bro…dan gua tak puas hati tak jumpa Rajanaga Eddie…king sangat la konon…no hp pun taknak kasi…mentang2 gua bukan awek…huhuhu…
**Aku jugak tak sempat nak jumpa geng2 MT…sorry Indrajit…maklum la aku car pooling…dorang nak balik cepat…lagi pun kaki lenguh giler berdiri 3 jam lebih…nak bengkok kaki pun sakit…
**Aku ingat main kat open air ni tak panas...baru berapa lagu dah bermandi peluh...lagi panas dari suasana kat dalam Stadium tertutup masa Awan Biru tu hari...tak berhimpit2 pun panas...


last korang layan je la lagu Sejati ni...sory la kalau visual tak berapa elok...hp murah dan tangan lenguh...ada jugak lagu2 lain aku rakam...tapi banyak sikit2 tak abis...yang ni jer abis...so khas untuk Portdy yang tak pergi tu (heheh)...layan...

9 comments:

  1. Thanks dude sebab singgah carik aku. Aku pun balik tu terasa menyesal tak amik no. hp ko. Konon2 ingat ko nak repeat datang booth balik lepas show abis..huhuhu

    Takpe..Nanti aku mintak kat Deaf ye no. ko? Kira mintak izin dulu ni..hahah (dah macam nak mintak no. awek2 la pulak..)

    ReplyDelete
  2. abang Yazid dan Black lanyak drum berdentam dentum mcm machine gun 50 calibre... cukup terbaik selama aku jadi peminat diorang.

    gua masuk dengan ticket asli biarpun ada offer dari kawan2 staff Perbadanan Stadium Larkin.

    hati terbakar juga pada mulanya dgn kerenah itu dan ini, tapi demi Search Wings, pahit pun gua telan.

    ReplyDelete
  3. tak singgah yerk...nak kena ni...hahha..

    overall konsert aku puashati..soundsystem ok bg halwa telinga aku...

    Search & Wings mg kelas...3 jam terasa cepat benar belalu...

    Hrp diorg compile buat DVD konsert ni..

    ReplyDelete
  4. gua sebak baca rebiu ni....
    tengok video sejati tu terus sayu huhuhu


    tenkiuk la bro-teromber....

    ReplyDelete
  5. semenjak Johor dah jadi macam Liverpool?

    ReplyDelete
  6. abang berteromber..
    awan biru tu ari kt padang...
    stadium tertutup tu double trouble... =)

    ReplyDelete
  7. adik white...ni cerita kat JB punya...awan biru stadium tertutup MBJB...DT stadium larkin...bukan yg KL... =)

    ReplyDelete
  8. Ouh lagu Alam Barzakh, Nur Nilam Sari and Holy Diver tu diorang cut noh dalam DVD ... adeh even awie ada nyanyi salah pun jangan la cut best kot ... Nur Nilam Sari duet best dengar tapi tak ditayang dalam DVD 😥

    ReplyDelete