Friday, June 18, 2010

Clash Of The Titans,1990 dan Metal Forces

Baca pasal The Big Four tour terjumpa pulak aku majalah Metal Forces tahun 1990 cover pasal tour Clash Of The Titans…pada sapa yang tak tau...ni bukan pasal movie Clash Of The Titans tu...tapi satu konsert tour seluruh Eropah yang berjaya mengumpulkan nama2 besar dalam thrash metal…band2 tersebut adalah Megadeth,Slayer,Testament dan Suicidal Tendencies…ni kira yang paling hampir dengan The Big Four la kan...dan tahun ni selepas 20 tahun...akhirnya baru la The Big Four Tour jadi kenyataan kan..



Walaupun tour ni bukan sampai Malaysia pun…tapi dulu2 zaman aku bebudak rasa excited jugak la kan..yang paling aku tak leh lupa aku photostat poster Clash Of The Titans dari majalah ni dan letak kat cover file plastik aku time gi kelas masa kat ITM dulu…kalau pikir2kan sekarang….rasa lawak la pulak kan…tapi tu jam…rasa dah paling thrash la tu….hahaha..


ni la rupa posternya...yang aku punya dah hilang kemana ntah...ni gambo aku cilok dari ultimatemetal.com

Metal Forces ni dulunya adalah salah satu majalah metal yang top dari UK…zaman2 80’s tu memang banyak majalah metal yang best2 dari sana macam Kerrang dan Metal Hammer…jarang jumpa dari US…tak silap aku hanya Metal Egde je kot yang dari US yang ada jual kat kedai…tak pasti pulak aku ujud ker tak lagi majalah ni…

Tahun 1990 jugak adalah tahun world cup...tu jam Italia 90...Argentina ngan Maradona kalah gol penalti ngan Jerman...seingat aku ni world cup paling bosan...tak banyak gol...game final pun bosan...yang tak boleh lupa Roger Milla dan team Cameroon la...sampaikan dengan Argentina pun dorang menang masa pusingan awal tu kan..

Tapi tahun 1990 juga mengingatkan aku banyak album2 metal yang best rilis pada tahun tersebut…Tahun 1990 jugak merupakan tahun yang aku paling aktif membeli kaset…tu jam dah tak layan rock melayu sangat dah…jarang bebeno aku beli kaset melayu masa tu…dapat duit loan memang perkara pertama buat singgah kedai kaset dulu la…biar tak makan...janji dapat beli kaset…heheh…

Diam tak diam dah 20 tahun berlalu kan...antara rilisan best tahun 1990 yang aku suka adalah Megadeth – Rust In Peace, Slayer – Seasons In The Abbys, Iron Maiden – No Prayer For The Dying, Judas Priest – Painkiller, Kreator – Coma Of Soul, Testament – Souls Of Black, Pantera - Cowboy From Hell, Annihilator – Never Neverland, Anthrax – Persistence Of Time, Death Angel – Act 111, Suicidal Tendencies – Light…Camera..Revolution!, Poison – Flesh & Blood, Tesla – Five Man Accoustical Jam, Entombed – Left Hand Path, Sacred Reich – American Way, Death – Spiritual Healing, Extreme – Pornograffitti, Queensryche – Empire, Obituary – Cause Of Death, Gamma ray - Heading For Tommorrow….apa lagi ek…nanti kalau aku ingat aku tambah lagi la…


ni antara cd rilisan tahun 1990 yang aku ada dalam simpanan aku...ada lagi sebenarnya...cuma malas aku nak mengembur..

Nanti la kalau rajin aku buat entry bagi setiap album yang aku taip kat atas tu…tapi ada yang antaranya aku dah hilang kasetnya dan belum berjaya upgrade ke cd…tengoklah macamaner nanti…kalau aku rajin…ada la…


Sikit pasal World Cup...

Argentina dah pun layak ke pusingan ke2..sayangnya walaupun Messi main cantik tapi dia lum berjaya score...takper la..dulu masa Espana 82 pun Poalo Rossi masuk suku akhir baru start score dan akhirnya jadi top scorer...tapi hampir semua star besar macam Ronaldo,Rooney,Kaka,Torres,Drogba dll tu pun lum berjaya score..tapi yang bestnya budak baru Manchester United dari Mexico Javier 'Chicharito' Hernandez dah pun buat gol...so bye bye la Berbatov...

Tu hari tengok world cup dalam HD kat mamak memang terasa bestnya...ntah bila la 2 mat saleh tu nak sampai kat rumah aku...heheheh...

9 comments:

  1. dulu masa sekolah time semua orang sibuk bubuh poster rock ganas kat atas meja dalam kelas, gua dengan member gua selamba jek bubuh poster yang jinak sikit,

    gua buh Ella - Demi
    member gua buh Amelina - Asyik.

    ReplyDelete
  2. Portdy...hahaha!! Amelina tuuu..adussss...

    World Cup...kalau Messi terus tak score..pas ni dia akan sambung jadi tukang jual dan pasang Astro Byond...

    ReplyDelete
  3. mula2 aku ingat pasal movie... tapi tengok lain plak.. aku pun pernah terbaca pasal ni suatu masa dulu.. tu gambar2 cd tu kenapa? riak thrashWI betul la....

    ReplyDelete
  4. Bro skid,

    amelina kvlt tu! ah!ah!

    ReplyDelete
  5. Masa aku mengenal muzik metal terus ke thrash metal. 1st album metal aku dengar and justice for all...sampai sekarang aku x jemu dengan thrash.

    Masa Clash of the Titan dulu semua muda lagi. performance lagi ligat. sekarang dah tua dan gemuk...buleh laaa...

    ReplyDelete
  6. Best tu album semua... review la bro...80an punya sama.

    ReplyDelete
  7. fullamaks!olskol tul!

    mustaine sempoi ah!!!

    messi peluang byk tp tk dpt2 jugak gol!!!huaaa!!!

    jermana klh!!!ciss!!

    ReplyDelete
  8. seronoknya dapat tengok tom araya dengan dave mustaine. heh!
    semua band dalam clash of the titans dengan album hebat memasing!

    ada lagi bebarapa album hebat 1990
    scorpions - crazy world
    cinderella - heartbreak station
    dio - lock up the wolves
    sacred reich - american way ( gua dapat idea cerita "siapa yang harus dipersalahkan" dari album ni )
    king diamond - the eye
    steve vai - passion and warfare

    ReplyDelete
  9. best wei koleksi ko haha

    poster tu pun cun.

    ReplyDelete