Tuesday, November 21, 2017

Reload

Yang menyambut ulang tahun ke 20 pada 18hb yang lalu...

 

Metallica - Reload (1997)

Lupa dah bila kali terakhir mendengar cd ini. Mungkin juga 19 tahun yang lalu. Tetapi untuk menulis entri ini saya telah cuba mendengarnya semula. Sesiapa yang kenal saya pastinya tahu ini bukannya Metallica yang suka.

20 tahun lebih tua matang, mungkin penerimaannya berbeza. Mendengarnya selama 3 hari berturut-turut. Pendapat saya, Reload bukanlah sebuah album metal. Apatah lagi thrash. Tetapi ianya adalah sebuah album hard rock yang boleh tahan juga lagu-lagunya.


Kalau anda abaikan ini adalah Metallica, abaikan kisah lampau mereka. Mungkin lebih mudah untuk menerima Reload. "Fuel", "Memory Remains" dan "The Unforgiven II" agak sedap juga. Tetapi agak bermasalah juga untuk menerima lagu-lagu yang lainnya.


Mereka jadi kaya. Dapat peminat baru. Makanya tak ada apa salah pun tentang Reload. Album sebegini sebenarnya khas untuk mereka yang kata band seperti ACDC dan Yngwie Malmsteen tak habis-habis main muzik yang serupa.

Tetapi untuk saya...cukuplah sekadar ada KEA, RTL, MOP dan AJFL....atau mungkin sekali sekala DM atau HTSD...





5 comments:

  1. seperti yang aku komen dalam entri rafyrus, album load dan reload penuh dengan nilai2 nostalgik

    seperti penulis, hanya fuel, memory remains dan the unforgiven II yang dapat dilayan

    tapi serius, lagu fuel kalau main waktu jamming memang best, hahaha...

    ReplyDelete
  2. tak pernah dengar album ni secara full..
    so aku tak tahu sangat..
    tapi kalau Fuel dan Memory Remains dari album memang aku boleh terima ni dua lagi.
    Load aku tahu Bleeding Me dari situ.. Antara lagu terbaik Metallica pada aku Bleeding Me ni

    ReplyDelete
  3. Banyak majalah rock dulu labelkan pop metal..haha

    ReplyDelete
  4. dari metallica yg nie lahir pulak band2 macam Staind dan lain2..

    ReplyDelete