Monday, July 10, 2017

Juara Juara Rock




Juara - Juara Rock 1 & 2

30 tahun dah. Yang kaset tu dulunya dibeli dengan harga RM2.50. Sebagai budak sekolah yang duit belanjanya hanya 50 sen sehari manalah termampu nak beli versi yang asli. Tu pun seminggu ikat perut tak makan kat kantin.

Sekarang dah ada versi cd. Tapi sayangnya dari segi sound bukanlah yang tebaik. Mendap. Produksi cd ni rasanya dibuat secara tergesa-gesa. Tak taulah copy dari mana. Maklumlah ketika itu tengah kemaruk dengan cd-cd reissue. Biasalah label nak "cash-in" cepat.

Apa nak buat....tapi sekurang-kurangnya...tengok gambar cover ni pun dah cukup membuatkan saya kembali ke umur 16 tahun semula...those were the best day of my life....




4 comments:

  1. kalau tak silap 3-4 tahun lepas tuan bert yang rekomen lagu kabus daripada album JJR1 untuk MUP cover

    sekarang dah boleh kira jadi lagu wajib MUP kalau ada persembahan awam

    ReplyDelete
  2. Dlu ade pengedar yg bajet nasi lemak je..rip sound dri lp dn mastering gna khidmat amatur..tu jd cmtu..
    Skang ade pengedar yg anta mastering ke amarika utk penambaikan bunyi.. kunun lah.. sampai rege cd pun naik melambung.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik bkn made in usa.kalo tak cd jjr ni pun tak mampu beli..mana tau kot harga nak sama ngan boxset black sabbath ke.heheh

    ReplyDelete