Friday, July 21, 2017

Appetite for Destruction

Yang menyambut ulang tahun ke 30 pada hari ini, 21hb Julai...


Guns N Roses - Appetite for Destruction (1987)

Siapa-siapa yang ikut blog ni dari awal pastinya tahu yang saya peminat Guns N Roses. Malah 2 daripada 4 entri awal (tahun 2008) adalah berkenaan Guns N Roses. Dan inilah album yang mengenalkan saya kepada mereka. Dan ianya juga adalah salah satu album kegemaran sepanjang zaman untuk saya. Tak sangka dah 30 tahun. Memang terasa tua dah...


Kenal secara tak sengaja. Tahun 1988, pinjam kaset rakan sekolah. Asalnya pinjam kaset Poison - Look What The Cat Dragged In untuk dubbing. Tapi beliau cadangkan juga yang ini. Sekali dengar terus berkenan. Ianya lebih berat dari band-band glam/hair metal yang banyak saya dengar dan ianya juga berbeza dengan band-band thrash metal yang baru saya kenal pada ketika itu. Muzik yang segar dan lain dari yang lain. Serta merta menjadi album kegemaran dan seterusnya adalah sejarah....


Paling menarik pada ketika itu nama GNR tidak dikenali pun. Seingat saya pada penghujung tahun 88 baru nama mereka meletup-letup. Hebat juga rakan saya tu. Dia lebih dulu kenal GNR sebelum mereka boom di US. Beliau jugalah orang yang mengenalkan saya kepada Metallica. Satu satunya yang berseluar bell bottom di sekolah.

Terjumpa beliau di Facebook beberapa tahun yang lepas. Beliau sudah berubah. Lama dah meninggalkan muzik dan metal. Hanya saya yang tak berubah. Tak tahu nak jadi apa...tapi rock/metal bukanlah suatu kerjaya...mana ada pencennya...hanya rock sampai tua....haha...



7 comments:

  1. Versi banned cover lagi mahal dari fenomena..hahah.tapi kalo konsert diorang nak main album ni full bagus kalo panggil steven adler dengan izzy skali

    ReplyDelete
  2. aku lambat kenal GNR ni, rasanya pertengahan 90an kot... itupun daripada member2 yg rajin tukar2 kaset di sekolah

    ReplyDelete
  3. lagu "since i dont have you" dari album ni ker? huhu sorry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan juga, SINCE I DONT HAVE YOU dari album "THE SPAGHETTI INCIDENT"

      Delete
    2. haha...macamana la lagu since i dont have you tu aku boleh terpikir lagu patience...otak tengah ke lain...sory...haha...

      Delete
  4. Kenal lambat juga diorg nie, tak jumpa member yg layan rock nie masa awal2 dulu..time Use Your Illussion 1 & 2 baru kenal..

    ReplyDelete