Tuesday, November 19, 2013

War of Words

Lagi album yang masuk 20 tahun....(kena cepat-cepat ni...dah nak masuk bulan 12...banyak lagi album yang belum buat)



Fight - War of Words (1993)

Entah kenapa disebalik puji-pujian dan kecermerlangan album Painkiller, Rob Halford meninggalkan Judas Priest. Mungkin sahaja beliau sudah bosan dengan muzik dan imej Judas Priest. Maka terlahirlah Fight.

Fight adalah sebuah band yang ditubuhkan oleh Rob dengan kerjasama drummer JP, Scott Travis. Anggota yang lainnya memang tidak dikenali. Imej dan muziknya sememangnya berbeza dari JP. Tiada lagi imej jaket kulit yang sinonim dengan beliau. Beliau pada ketika itu lebih selesa untuk berkemeja kotak-kotak, berseluar pendek dan berambut botak. Imej yang menyerupai gaya-gaya grunge yang sedang popular ketka itu.


Mungkin beliau ingin mengikuti peredaran zaman dan menjadi trendy. Dari segi muziknya juga agak trendy. Beliau memilih untuk menjadi Pantera ala “Cowboys From Hell”. Acuan thrash 90an dan groove metal yang lari dari tradisonal heavy metal 80an yang biasa ketika beliau bersama JP. Liriknya juga kini lebih kepada isu sosial dan politik semasa. Nak kata tak best...sebenarnya best juga. Mungkin ini adalah produk terbaik Rob Halford diluar JP.


Lagunya heavy walaupun mungkin agak kurang melodic jika nak dibandingkan dengan Painkiller tetapi Rob masih mengekalkan trademark vokal high pitchnya. Yang paling tak diduga adalah 2 orang gitarisnya, Russ Parrish dan Brian Tilse. Walaupun mereka bukanlah Glenn Tipton atau K.K. Downing tetapi twin gitar solo mereka mereka memang tak kalah atau tak keterlaluan ianya hampir setanding. Hebat!

Antara lagu yang menarik adalah "Into the Pit", "Nailed to the Gun" dan sebuah lagu slow epic "For All Eternity". Pada saya War of Words adalah lebih baik dari mana-mana album Judas Priest di zaman Tim "Ripper" Owens.


*album ini mengingatkan pada zaman aku mula2 membawa kereta ke tempat kerja (penghujung 93 atau awal 94). Antara kaset yang hari-hari aku buka sehinggakan rakan setempat kerja dan jiran sekampung (perempuan) yang tumpang kereta pada mulanya kata bising (aku peduli apa...kereta aku...heheh) tapi akhirnya suka pula lagu "For All Eternity". Ntah kat mana la minah ni sekarang. Ada jumpa di FB...segan pula nak tegur...hahaha...




7 comments:

  1. ni yang dia cakap I am not hiv + but i'm gay tu kan. Cuma bila dia pakai nama Halford, ah ni baru aku dengar dia balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ingat arr...tapi kalau tak silap dia ngaku terang2 dia gay masa hujung 90an...

      zaman ni aku tak tau pun dia gay...hahaha...

      Delete
  2. Caption yang last tu nampak menarik....mungkin kah gadis tersebut dah jadi mak org sekarang?

    ReplyDelete
  3. aku rasa minah tu sekarang dah jadi peminat tegar JP kot?heheh..band fight ni dulu ingatkan band baru,rupanya rob halford punya band

    ReplyDelete
  4. hahaha... minah tu secret admire ke??

    ReplyDelete
  5. Ceh!!...citer pasal awek la pulak...hahaha....

    Minah ni kira sedara jugak...sedara jauh la tapi...kesian tengok dia subuh2 tunggu teksi nak gi kerja...mak dia mintak tolong tumpangkan...biasa la...aku kalau ngan kaum yang lemah ni laju jer tolong...tak ambik upah dah takder skandal pun...hahaha....pastu lost kontek lepas dia tukar tempat kerja...sekarang memang dah jadi mak budak pun...heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata ada jumpa kat fb..cer send lagu "for all eternity" tu mesti dia ingat punyer..heheh

      Delete