Friday, October 25, 2013

Vs.

Album lagenda grunge yang menyambut ulangtahun ke 20.


Pearl Jam - Vs. (1993)

Rasanya macam pernah beli kasetnya dahulu. Tapi bila dicari balik tak jumpa. Mungkin hilang atau ada yang pinjam dan tak pulang. Untunglah dengan adanya ebay estocks_deutschland, dapatlah memiliki cdnya dengan harga cuma RM13++. Walaupun bukannya album kegemaran, tapi mana-mana album yang ada kenangan dengan harga semurah tu memang terbeli juga la sudahnya.

Dulu masa zaman kaset pun begitu. Saya bukanlah peminat album Ten. Tetapi bila Pearl Jam rilis Vs. lepak-lepak kedai kaset terbeli juga sudahnya. Ni la susahnya orang yang ada penyakit kaset/cd-holic ni. Heheh...

Dah lama tak dengar album ni. Untuk entri ini, saya mendengarnya kembali. Ini adalah pandangan saya sekarang terhadap album ini. Mungkin dulu pandangannya lain. Sekarang semakin tua semakin terbuka telinga. Tetapi awas, ini pandangan seorang yang bukan peminat grunge. Mungkin sahaja anda tidak bersetuju dengan saya. Tapi saya peduli apa...hahaha...


2 lagu pertama "Go" dan "Animal" adalah lagu rancak yang sangat rock. Tidak meleweh. Solo Mike McCready pun best. Bahagian tengah "Animal" tu ada funky ala-ala RHCP. Kalau Pearl Jam mempunyai banyak lagu-lagu sebegini mungkin saya akan menghargai mereka dengan lebih lagi. Track ke 3, "Daughter"  adalah lagu yang paling saya ingat dari album ini. Melodinya sedap dan tak hairanlah kenapa lagu ini antara yang popular dari mereka. Track ke 4, "Glorified G" pula mengingatkan saya kepada lagu-lagu alternative rock ala Collective Soul. Sedikit kelainan dari grunge mereka yang biasa. Saya suka. Tetapi lagu track ke 5, "Dissident" membawa saya kembali kepada grunge Pearl Jam album Ten. Lagu yang yang jenis moody tetapi nasib juga bahagian gitarnya yang mendayu-dayu tu sedap. Track-track yang berikutnya adalah lagu-lagu yang saya kurang berminat. Meleweh dan moody. Fast Forward lah jawapnya.

Pada saya Vs. tidak konsisten. Lagu-lagu side A (zaman kaset) bagus. Tetapi tidak pada lagu-lagu yang lainnya. Mungkin "Rearviewmirror" dan "Rats" boleh tahan melodinya tetapi ianya tidak dapat menyaingi "Go", "Animal", "Daughter" ataupun "Glorified G". Senang cerita lagu-lagu side B agak membosankan saya.

Secara peribadinya saya rasakan album ini lebih raw dan lebih aggresive soundnya berbanding Ten. Itu sesuatu yang bagus malangnya muzik sebegini bukanlah secawan kopi saya. Tetapi untuk sesekali dengar boleh lah.



3 comments:

  1. daughter aku tahu...
    aku pernah tengok video clip lagu ni kat tv, aku pernah dengar lagu ni kat radio.

    So ok la, aku tak ketinggalan zaman, aku tahu WHATS TRENDY IN THE FASHION WORLD!!

    hahah.

    ReplyDelete
  2. Lagu discident je yg aku suka..ngan daughter tu je yg tau pasal album ni

    ReplyDelete
  3. Review jujur yang best pernah aku baca pasal album Versus...nantikan juga review dari aku pasal album ni haha...bagi aku album ni bukan kegemaran aku tapi ianya tidaklah mengecewakan, cuma ada lagi album2 hebat dari mereka seperti Ten, Vitalogy, Yield dan Binaural...perspektif dari seorang peminat muzik seattle sound hehehe...R

    ReplyDelete