Thursday, October 24, 2013

The World's End



The World's End (2013)

One Night. Six Friends. Twelve Pubs. Total Annihilation.

Sebuah lagi filem berkenaan apocalypse, kiamat atau pengakhiran dunia. Seperti This Is the End, The World's End juga adalah bergenre komedi. Walaupun The World's End lebih kepada science fiction comedy tetapi disebabkan keduanya diriliskan pada tahun yang sama maka perbandingan terhadap keduanya memang tidak dapat dielakkan. US vs British comedy. Yang mana lagi bagus.

Jika anda peminat "Shaun of the Dead" (2004) atau "Hot Fuzz" (2007), pastinya anda akan suka The World's End. Sememangnya ini adalah trilogy Edgar Wright yang sekali lagi mengabungkan  Simon Pegg dan Nick Frost. Ternyata ianya tidak mengecewakan.

Saya memang lebih mengemari komedi ala British. Lawaknya bukanlah lawak bodoh atau seks yang keterlaluan. Simon Pegg sekali lagi tidak mengecewakan. The World's End memang kelakar. Walaupun agak susah untuk menyaingi Shaun of the Dead tetapi ianya jauh lebih bagus jika nak dibandingkan dengan This is the End.




4 comments:

  1. Kalo ala2 shaun of the dead mesti best ni..

    ReplyDelete
  2. Blackadder, aku dulu tengok ulang2..pasang telinga,. lawak dia tu kena teliti,kena paham...

    ReplyDelete
  3. satu masalah lawak british ni...kalau yang jenis slang pekat tu...tu belum kena slang scottish pekat macam SAF...pening nak paham...memang kena ada subtitle la...

    ReplyDelete
  4. Mind your language = lawak british yg memang legend!

    ReplyDelete