Monday, October 7, 2013

Ramli Sarip Alive

Merujuk kepada entri "Ramli Sarip - Live 2000" dari blog Apa Ada Dengan Ijau, aku pun gatal tangan nak post cerita pasal ni..


Ini adalah rupa kaset asal Ramli Sarip Alive yang diriliskan semula dalam bentuk cd dengan nama baru "Ramli Sarip - Live 2000" seperti dalam entri Ijau. Tak pasti adakah versi ini turut ada dalam bentuk cd.



Sedikit pembetulan untuk Ijau, kaset ini adalah terbitan tahun 1998 bukannya 1999. Tak pasti pula kenapa rilisan yang baru mengunakan tahun 2000 sebagai tajuknya. Ia sememangnya keluaran BMG. Tracklistnya sama walaupun aturan susunan lagunya ada sedikit perbezaan.


Tak pasti adakah gambar inlay di kaset ini sama seperti gambar inlay cd rilisan baru. Aku tak ada cd tu. Harap En Portdy boleh tolong belikan...heheh...Maklum lah kat JB ni memang hampeh kalau nak cari cd macam ni.


Lagi gambar-gambar yang ada di inlay kaset berserta nukilan penerbit eksekutifnya Bob Lokman. Sebenarnya agak lama dah aku tak dengar lagu-lagu dari kaset ini semenjak aku dah tak ada kaset player. Tapi lagu pilihan dah semestinya "Blues Felda Blues". Sebagai anak peneroka Felda, lirik tulisan Bob Lokman tu memang terkesan sungguh.

Senang cakap, ini adalah album live melayu yang paling best dan paling aku suka. Kredit untuk arwah Samad Lefthanded, Wan Ahmad Sweet Charity, Hamid Black Dog Bone, Tom Revolvers, Yazit Search. dan sudah semestinya penyanyi dan penerbit album, the legendary Ramli Sarip.

Rekomended!




11 comments:

  1. gambar2 dlm inlay kaset ni (gambar gitar samad, gambar2 rehearsal) juga tiada dlm inlay CD re-released tu, aku rasa mesti ada kaitan dengan copyright issue

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar dlm cd re-released yg kat blog ko tu memang lain dari gambar kat kaset ni...tak pasti pulak yang kat cd tu sememangnya gambar masa rakaman album ni di buat atau ianya konsert lain...

      Delete
  2. sebagai bahan kenangan, bahan sejarah, great release, tapi dorang patut keluar budget untuk buat new live albums at least kalau tak mau release lagu baru.
    Even Sadaqa Ramli Sarip pun aku rasa aku tak pernah nampak mana2 kat JB or KL.

    ReplyDelete
  3. Penerbit eksekutif bob lokman tu adakah bob lokman yg dah berhijrah tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia kan byk buat lirik lagu2 djaman rok, byk yg meletop... in fact dlm album ni byk kredit lirik lagu2 bob lokman

      Delete
    2. Paling di ingati taman rashidah utama..heheh

      Delete
  4. takda jiwa, takda rasa..
    takda rasa, takda kehidupan..

    ReplyDelete
  5. aaahh... tak kira dari pontian ke , segamat ke , mentakap ke , alor star... tak kira, asal kerja felda sudah la beb!

    paling gua suka- 'perjalanan'. antara lagu speed metal melayu paling lazat!

    ReplyDelete