Friday, October 18, 2013

Into Glory Ride

Epic metal yang sambut ulangtahun ke 30.


Manowar - Into Glory Ride (1983)

Nak tak nak benda yang pertama sekali kena sentuh kalau cerita pasal Into Glory Ride adalah gambar kavernya. Rasanya Manowar serius dengan gambar kaver ini. Tiada unsur humour yang disengajakan. Mungkin untuk mengatakan Manowar adalah manly metal for manly men. Tapi generasi hari ini menganggapnya sangat cheesey...heheh..

Bagi saya album ini adalah permulaan bagi Manowar untuk menemui hala tuju mereka. Kecuali lagu track pertama "Warlord" yang berbunyi ala-ala heavy metal 80an, kesemua lagu-lagu lainnya adalah bercirikan epic metal. Genre yang kemudiannya menjadi sinonim dengan Manowar.

Into Glory Ride bukanlah sebuah album yang heavy. Kebanyakan lagu-lagunya adalah jenis mid-tempo. Sesuatu yang biasa bagi genre epic metal. Ada masanya feel dan sound doom Black Sabbath dapat dikesan. Terutamanya pada lagu "Hatred". Satu-satunya lagu yang saya kurang gemar maklumlah saya memang mempunyai masalah untuk hadam lagu-lagu yang bertempo perlahan.


Lain-lain lagu seperti "Secret of Steel", "Gates of Valhalla", "Revelation (Death's Angel)" dan "March for Revenge (By the Soldiers of Death)" adalah trademark Manowar yang akan kita jumpa untuk album-album mereka yang seterusnya. Lirik-lirik bertema kill kill die die..sword-and-sorcery fantasy...dead to the false metal...semuanya bermula dari album ini.

Bukanlah album terbaik Manowar ataupun album yang patut di dengar untuk mereka yang baru nak mendekati. Tetapi ianya sebuah album epic metal yang boleh tahan terutama dengan adanya lagu "March For Revenge". Lagu kegemaran saya dari album ini.




4 comments:

  1. eh? rasanya mcm baru2 ni ada geng bloggers yg buat entri pasal album ni... sape eh?

    ReplyDelete
  2. Album ni je aku lum penah dengar lagi..memang cover dia jadi bahan ketawa bebdk hip hop..heheh

    ReplyDelete
  3. 20 tahun lepas cover sebegini sememangnya cool...

    ReplyDelete
  4. Ni ada berlainan sikit la album ni. Tapi lepas ni hail to england ok balik haha

    ReplyDelete