Friday, May 24, 2013

Frontiers

Album rock klasik yang dah 30 tahun...


Journey - Frontiers (1983)

Dulu saya ada kasetnya. Cetak rompak milik abang. Inilah albumnya yang mengenalkan saya kepada mereka. Sehingga sekarang...kalau di sebut genre AOR...pasti secara otomatiknya saya terbayangkan mereka.

Di zaman kegelapan genre progressif rock di penghujung 70an dan kejayaan band-band yang dipanggil "corporate rock" seperti Foreigner contohnya, banyak band-band progressif berubah arah. Journey salah satu darinya. Seperti juga Yes dan Styx, Journey juga menempa kejayaan dengan perubahaan tersebut.

Bermula dengan kejayaan Escape (1981), Journey mula dikenali sebagai band "corporate rock" atau sekarang lebih dikenali sebagai AOR. Frontiers adalah kesinambungan kepada Escape. Kalau Escape mempopularkan mereka dengan  lagu-lagu seperti "Don't Stop Believin'" dan "Open Arms", Frontier pula dikenali kerana "Separate Ways (Worlds Apart)", "Send Her My Love" dan "Faithfully".



Intro lagu "Separate Ways (Worlds Apart)" adalah antara intro keyboards yang paling saya suka selepas intro "The Final Countdown". Video muziknya agak janggal dan lawak...tetapi lagu ini lah yang mula membuatkan saya meminati Journey. Tambahan pula lagu balada yang menarik  "Send Her My Love" dan lagu balada yang menjadi antara all time favourite saya (dan isteri saya juga)  "Faithfully" menjadikan album ini tak kalah. Kalau diikutkan, Escape lebih menarik...tetapi atas dasar nostalgianya, saya memilih Frontiers sebagai favourite.

Sebenarnya album ini sepatutnya lebih bagus jika lagu "Only the Young" dan "Ask the Lonely" di masukan sekali. Lagu yang dimuatkan untuk soundtrack filem yang diriliskan lebih kurang sama masanya dengan Frontiers. Saya bernasib baik kerana cd remastered saya ini mengandungi kedua2 lagu tersebut.

Album yang menarik jika anda mahu mendengar AOR.




4 comments:

  1. Ni antara album terbaik zaman abang abang lobang dulu.

    ReplyDelete
  2. Ni pun abg2 aku jugak yg ajar..kalo tak memang tak tau band Journey ni..open arms lagu paling evergreen lah..

    ReplyDelete
  3. lagu "separate ways" tu memang enjoy kalau nyanyi dalam kereta semasa traffic jam hahahaha

    ReplyDelete
  4. dont stop believing....oh yeah! tetiba rasa nak tengok cerita GLEE pulak haha...

    ReplyDelete