Monday, March 5, 2012

@ Masjid Jamek Bandar Mersing

Mungkin aku sedang mengalami apa yang dipanggil sebagai writer's block...agaknya la itupun kalau aku boleh di panggil sebagai penulis...beberapa draf entri aku pasal cd/kaset/buku sampai sekarang masih gagal aku siapkan...tiap kali nak menaip idea tak datang...so entri penyelamat adalah entri bergambo...kali ni gambo kat Mersing...korang harap bersabo jer la kalau lepas ni ada banyak lagi cerita aku pasal Mersing...maklum la sejak  anak aku belajo kat Sek Men Sains Sultan Iskandar, Mersing ni...hampir tiap2 minggu jugak aku gi sana (kopak jugakla duit minyak...heheh..)..kalau tak lupa bawak kamera...konpem ada lagi la cerita pasal Mersing...



Kali ni layan gambo2 Masjid Jamek Bandar Mersing...



yang istimewanya masjid ni...dia terletak kat atas bukit...kalau pusing2 kat bandar Mersing konpem lagi jauh dah nampak dah...tapi nak menujunya nasib tak baik boleh tersesat...berbelit2 jugak jalan nak menujunya..


Hasil pengooglelan aku...Masjid ni telah didirikan pada 7 Syawal 1375 Hijrah bersamaan 18 Mei 1956 Masihi...setahun sebelum merdeka ni...kira masjid lama la...


Dikatakan jugak ianya dibina berkonsepkan seni bina Afrika Selatan....iyer la agaknya kot...tak pernah sampai Afrika...mana la aku tau..heheh..


Yang menariknya...ianya terletak atas bukit dan menghadap ke laut...so memang cantik la dia punya view..


memang nampak la pantai dan pulau2 semua...



Lepak petang2 lepas Asar kat sini memang syok....


dah...tu ajer..
k..bai

4 comments:

  1. memang best tempat ni, atas bukit. boleh lepak tegok pemandangan.. tapi kalau nak berendut takleh lah hahaha

    ReplyDelete
  2. ..aku tengok dari atas bot yang lalu dari Tioman itu ari memang cantek sangat ini masjid bro..Gambo lu amik pun cantikk..!!!

    ReplyDelete
  3. subhanallah... cantik dan syahdunya tempat terbinanya masjid ni. nampak laut, pantai dan tiupan angin. tak nak pegi berjemaah gak tak tau la.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...Indah Dan Damai...tkasih KePada Penulis.
    #BackHome 🥰

    ReplyDelete